Thursday 26 April 2012

Spaghetti Bolognese

Hello..

Kali ni punye post nk share psl resepi plk ye..hehe. Selalunye kalau mkn spagheti kat luar mesti sangat2 masam..kadang2 tekak pun xlalu..lagi2 kalau beli yg dlm tin prego tu kan..sebelum try resepi ni ade guna resepi lain tp ntah tak memuaskan hati sbb masamnye ilang terus dan mcm xrase mcm spagheti bolognese yg BETUL ala-ala Italy gitu..heheh. So, utk resepi baru ni bagi saye mmg dah confirm sdp,mantap and yg penting tukang komen and rasa iaitu husband pon cakap this is the best!:p

Mari tgk rupe nye dlu..




Bahan-bahan (spaghetti dan gravy):

500 gm spaghetti (sepeket)
500 gm daging lembu cincang (terpulang)
200 ml susu segar
1 bj bawang besar dicincang
1 bj bawang putih dicincang halus
1 tin sedang tomato puri or sos tomato
2 bj tomato segar kasi ptong dadu
1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
1 kiub stok ayam/daging
1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
Sedikit garam dan gula secukup rasa
3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
2 sudu besar butter
Parutan keju parmesan/cheddar

Cara-cara:
1. Rebus spaghetti sehingga cukup masak.Tabur sikit serbuk stok ayam.
2. Untuk gravynye plk..masuk minyak dan panaskan. Selepas tu masukkan butter.
3. Tumis bawang putih,bawang besar sehingga naik bau.
4. Masukkan daging,cendawan dan Oregano. Kemudian masukkan sos tomato/puree.
5. Selepas tu masukkan susu segar dan kacau rata.
6. Bubuh secukup garam dan gula jugak serbuk stok ayam secukup rasa.
7. Masukkan tomato yg didadu. Kemudian kacau rata sehingga pekat utk dihindang.

Bahan-bahan (Meatball):
- segenggam daging cincang
- sebiji bawang besar cincang kecil2
- 4 sudu besar tepung. (sepatutnya guna breadcrumbs tapi takde)
- 1bj telur dipukul
- sedikit garam, serbuk stok ayam dan serbuk pepper.

Cara-cara:
- Campurkan sume bahan2 tersebut dalam satu bowl dan gaul rata hingga sebati.
- Kemudian dgn guna sudu bubuh atas tray.(boleh dapat dlm 6-8bj)
- Panaskan oven 200c dan bakar dalam 15-20min bergantung kpd oven.

Selepas siap sume ni. Hidangkan spagheti di pinggan. Letakkan dalam 2-3bj meatball atasnye. Bubuh gravy kat atas hidangan dan taburkan cheese. Kemudian masukkan ke dalam microwave utk meltkan cheese tersebut dalam 30saat. Sedia dihidangkan!:)

Slmt mencuba!:)


2 comments:

  1. Wah ko da post kt blog yea...aku da lama tak berblogging..ni baru nak start blk..dgn keazaman yg tak berapa nk tinggi...heheheh...pat yg ni mmg maveles wpon aku lom cube masak lg...one fine day!

    ReplyDelete
    Replies
    1. slmt memblogging blk ye pat..hehe. kene try sdp ke x..tekak kn lain2:p

      Delete