Tuesday 28 August 2012

Aidilfitri 2012 -Wellington,NZ


Selamat Hari Raya Aidilfitri!

Dah masuk minggu kedua beraya...mood raya jap ade jap takde..hehe. Apepon, sambutan raya kat sini meriah mcm kat Malaysia cuma tak lengkap tanpa family especially parents,siblings,atuk nenek and sedara-mara..hmm. Okeyh, next!(hehe..saje takmau rase sedeyh)

Pagi raya kami bekumpul dan sembahyang raya serta jamuan raya di Rumah Malaysia, kediaman rasmi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Khandallah. Memang mood macam kat Malaysia sebab penuh dengan orang2 Malaysia.Walaupun cuaca agak sejuk tapi boleh tahan sebab semua org kat sane sure nak bergaya dgn baju raya masing2 kan..kami pun tak terkecuali sedaya-upaya tahan sejuk walaupun bawak sweater tapi tahan taknak pakai haha.Makanan macam2 ada..ketupat rendang lemang satay,kuih-muih semua ada..memang makan puas2 lah..hehe. Hari raya pertama je dari pagi sampai ke malam kami beraya..ramai jgk buat open house..so target first raya mmg tak masak and makan je smpi kenyang! Balik je umah malam tu mmg penat tak ingat lah..tak sangka boleh penat sbb makan..haha.


Banyak lagi gambar tapi kite share sikitlah ye..hehe. Tunggu next entry ok..Till then!:)


Saturday 18 August 2012

Esok Raya,2012!


Assalamualaikum!:)
Hari ni last day bersahur dan berbuka utk puasa kali ni..Alhamdulillah! Lepastu happy bile dah diumumkan esok NZ akan raya..hehe. Husband yang tak sehat pun happy sgt2..mana taknye ini kan kali pertama kami suami isteri beraya di perantauan..excited jugak ni..hehe.

Penutup Ramadhan tahun ni..
Sabtu 18August 2012 bersamaan 29 Ramadhan.
Imsak : 5.47am, Iftar: 5.47pm.

Haa...ni baju raya kami nak pakai esok...tema biru tahun ni..hehe:p


PS: teringat abah mak,adik-beradik,atuk nenek,sedare-mara dan kawan2 ku di Malaysia..sobs.

Till then!

Journey to A Friend's House


Salam Ramadhan!

Rasanye terajin update pulak blog sekarang ni. Sekarang ni baru habis sahur dan solat subuh sudah.. sementara tgh tunggu nak tido jap lg..bolehlah update sikit ye blog ni..hehe. Kalau tak silap 15Aug yg lepas, iaitu hari Selasa kami pergi berbuka puasa di rumah kawan. So kali ni saje nak share perjalanan kami ke rumah kawan kami..manetau nanti dah balik Malaysia boleh baca and tengok balik post ni kalau dah rindu saat ni kan..hehe. Untuk pengetahuan korang, kiteorang berjalan kaki dan naik train..amat seronoklah sambil2 tu dapat lihat pemandangan sepanjang dalam perjalanan kami :)

Gambar kecik pulak nak tgk..so kalau berminat nak tgk betul2 klik je kat gmbar ok!

a)
b)
c)


a) Di sekitar train station..paling suka naik tren sbb boleh tngok keluasan laut betul2 sebelah landasan tren! Best!
b) Pemandangan di dalam tren dan juga sepanjang perjalanan and finally kami sampai ke stesen "Epuni" tempat yg dituju.
c) Dari stesen kami berjalan kaki ke rumah kawan dan akhirnya kami berbuka puasa sama dgn happy nye!

PS: Sebelum pegi sempatlah buat chicken pie nak bawak gi berbuka time tu..hehe.

Friday 17 August 2012

Spring!


Salam Ramadhan!

Actually semalam tgk pokok bunga yg diberi nama Junior tu kuar baby baru..tapi arini baby tuh ade warna pulak..pink+yellow colour maaa....so cute! heheh.. teruja and happy tengok..dan ni menunjukkan dah masuk musim Spring lah kat sini :))



PS: tengah kunyah keropok..yum yum:p
Tunggu next entry okeyh? hehe.

Thursday 16 August 2012

Salam Perantauan!

Salam Ramadhan!

Sekejap je dah nak beraya kan..dijangka hari Ahad or Isnin ni...InsyaAllah. Kalau macamtu rasanye dah tiba masanye nak tujukan salam perantauan kepada kedua ibu bapa kiteorang (walaupun dah utuskan kad raye) , adik-beradik,keluarga mertua dan tak lupa kepada kawan2 yg dirindui..juga kepada pengikut blog ni (jikalau adelah :p)
Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin..semoga raya kali ni memberi seribu makna dan mendapat keredhaan Allah swt. Aminn :)


Haa! tak lupe juga..baru beberape hari lepas cite pasal kad raye kt previous post kan..tup tap dapat juga my 1st kad raye! haha. Thank u very much pat wan mira sbb sudi hantar kad raya..hehe..happy sgtt! ni dia kad raye tu..cute btul!:)


PS: Dalam sibuk nak buat persiapan beraye, ingatlah org yang dalam kesusahan. Elakkan pembaziran, cubalah bersederhana ye. *Peringatan utk diri-sendiri juga* :)

Till then! :)

Monday 13 August 2012

Yesterday

Salam Ramadhan!



-Kurma bersalut chocolate
-Bingka Ubi
-Buah-buahan (kiwi,oren & pear)
-Papadom
-Sayur bayam belacan
-Salad with yogurt sauce
-Sambal belacan
-Daging masak merah
-Ayam goreng kicap
-Ayam masak lemak cili padi
-Telur Bistik
-Air buah laici & mango juice
-Kiwi crostata with ice-cream (tak amek gmbr plk)

Ape lagi nak kan?! hehe..and ni pun lebih kurang mcm buffet kt msia jgklah kan..hehe. Makan pun berempat..konyang betul, Alhamdulillah! :)



Saturday 11 August 2012

Pos Mengepos!

Lagi update! heee..

Jumaat lepas sempat pos 3 keping kad raya & sekeping kad birthday. Kad raye utk parents, mum in law dan atuk nenek kat kampung! Kad birthday pulak utk adik 2org yg celebrate bday on 9hb and 10hb, kakak plk on 31st august..bulan august je dah 3org..so share 3org dalam 1 card terus ..senang cite! haha. tapi penuh satu kad tu tulis sampai lenguh2 tangan dah lame tak menulis kan. Kad raye ni mmg bawak siap2 dr msia haha..bile tulis kad raye plk tup tap tup tap air mata pun berlinangan..tersedu2..sobs.


PS: bile dah duk jauh di perantauan takde pun yg hantar kite kad raye kan..takpelah. Zaman teknologi skrg..apepun sebenarnye lagi seronok and bermakna dpt kad raye kan..sigh. Zaman moden melenyapkan nilai2 keikhlasan dan kehidupan serta tradisi secara tak langsung.

Friday 10 August 2012

Ini Untuk Hari Ini

Salam Ramadhan...

Pejam celik pejam celik dah nak dekat raya dah..ramadhan akan meninggalkan kite..sobs. Mmg excited nk raye tapi bulan puasa sgt bermakna bile kite dah semakin dewasa and tau erti bersyukur dan bersederhana.
Setakat berpuasa bulan ni tak dapat merasa makan di restaurant yg mewah atau senang cerita makan di luar tapi makan atas jemputan berbuka di umah kawan and masjid masih ade,syukur:)

Hari ni nak share makanan berbuka kami..burger daging,macaroni cheese,kurma bersalut chocolate dan air bandung.. walaupun hati teringin nak makan mcm2 tapi ini pun dan cukup..hehe. Kalau ikutkan sepanjang bulan puasa ni, makanan yg paling sedap dpt makan ialah nasi briyani..hehe..bertambah2 makan..paling tak sedap ialah maggi mi hahaha :p



Dan sebagai penutup ingin dinyatakan bahawa esok kami akan makan maggi mi utk sahur :p
Heeeeeee...

Thursday 2 August 2012

Made with Love


Dear Husband,




Our favourite...mini beef pie for berbuka:)

Love,
Your Wife...